Kan terus melangkah.. Ya Allah, Redhailah aku apa adanya ..“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan sekalian hati, tetapkanlah hati ku atas agamaMu (Islam). Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menzalimi diri sendiri.”

26 August 2010

puisi lama- Julai 2004

Bismillahirrahmanirrahim




Malas


Satu perkataan yang merugikan,
Yang mendorong seseorang ke arah penyesalan,
Khazanah bisikan syaitan,


Hindarilah,
Hindarilah dari diri kita,
Kerana ia pasti membawa banyak bencana,
Ia terlalu banyak melayarkan kerajinan,
Dan juga banyak menghanyutkan semangat perjuangan,
Berhati-hatilah dengan kemunculannya,
Kerana ia tidak akan wujud dalam teori kamus hidup
Seseorang yang ingin berjaya.


                                                                                                  Hasil nukilan,
                                                                                                  Srikandi Melayu.


:: Puisi ini menerangkan tentang sikap malas yang sering memburu kita. Malas adalah penyakit yang lahir dari lingkungan negatif dan merujuk kepada penghalang kejayaan, impian, visi, dan cita-cita.


Bagi yang sering menempa kejayaan, malas menjadi musuh utama mereka. Bahkan fakta juga menyatakan malas tidak wujud dalam kamus hidup insan yang berjaya. 

Saya juga mengakui, diri tidak terlepas dari penyakit ini. Vitamin malas yang kerap ditelan memberi impak negatif kepada potensi pemikiran dan gerak kerja saya. Mujur suntikan kesedaran dan kata-kata positif yang  diperoleh dari keluarga, sahabat seperjuangan dan pensyarah menyelamatkan saya dari terus terlena.

Adakalanya saya sudah tenggelam dalam laut kelekaan. Tiada siapa yang menyedarkan kerana mereka juga tidak menyedari saya berada ditahap begitu kritikal. Hanya sentuhan rahmat-Nya yang telah menarik dan memaut tangan ini agar menginsafi  dan berhati-hati dalam menerokai liku-liku kehidupan.

" Dan Tuhanmu Maha Kaya, lagi mempunyai rahmat......" (surah Al-An'aam:133)


p/s : Alhamdulillah abadan.


::Alhamdulillah abadan=)::

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Copyright© All Rights Reserved Ibtihaajhikmah.blogspot.com