Di sinilah kita bertemu
Bertaaruf atas kehendak Yang Maha Esa
Aku, kau dan Dia punya perancangan
Namun, perancangan-Nya mengatasi segala tadbir
Riak wajahmu
Tidak menggambarkan kegusaran
Tiada ketakutan
Tiada kesedihan
Tiada penyesalan
Katamu,
Airmata yang berlinangan
Bukti menerima aturan-Nya
Bukan tanda kelemahan
Bukan juga kepahitan yang ditelan
Katamu,
Rezeki itu hak mutlak-Nya
Bukan mereka
Bukan siapa-siapa
Katamu,
Rezeki itu hak mutlak-Nya
Bukan mereka
Bukan siapa-siapa
Dia di sana memanggilmu
Lantas kau sahut panggilan itu
Bukan bererti di sini tidak mahu
Namun, dia hanya memilih dirimu
Aku meyakini,
Kekuatan jiwamu kental dari kami
Dalam meneruskan perjuangan suci
Kembali bukan bermakna gugur
Kembali bukan bererti gagal
Kelayakanmu menjadikan dirimu dipanggil
Bersama iringan hikmah-Nya yang padu
Harapan kami
Ingin bertemu kembali
Menyingkap tabir kerinduan
Yang menutupi kalbu semalam
p/s: yang dirindui..Siti Fatimah binti Mohammad, Nurul Aarifah binti Musa, dan Yasirah binti Ali
Kumencintai kalian.
Kumencintai kalian.
salam'alaik....
ReplyDeletesekian lama post ni tulis baru ana baca,doakan kami terus kuat menyusuri jln dakwah disini,ana redha tempat ana d sni...perancngan Allah yg terbaik....ana syg akak jugak...sgt syg
walaikumsalam warahmatullah..
ReplyDeleteInsyaAllah. Moga terus tabah. Salam sayang :)