Kan terus melangkah.. Ya Allah, Redhailah aku apa adanya ..“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan sekalian hati, tetapkanlah hati ku atas agamaMu (Islam). Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menzalimi diri sendiri.”

06 December 2010

Bersabarlah

Imtihan tidak lama lagi akan menjelang tiba. Sedikit gusar di hati. Banyak perkara yang mesti diselesaikan. Demi kepentingan bersama.

Sejujurnya, diri malu untuk menangis di hadapan manusia. Namun, airmata pastinya tumpah bila jiwa tidak kuat lagi untuk menahannya. Sepanjang waktu yang berlalu, iman ini semakin teruji.

Memujuk diri agar belajar untuk bersabar dalam meniti hari-hari mendatang. Belajar untuk tetap bersabar dalam kegembiraan. Sabar dalam keresahan. Sabar dalam apa jua keadaan. Menerimanya sebagai ketetapan-Nya yang sememangnya layak untuk diri yang bergelar hamba.


Memikirkan perancangan yang dapat memberi kebaikan bersama. Ingin mengubah keadaan walaupun sedikit cuma. Malam itu mata sukar untuk dilelapkan.

Paginya, terasa sedikit panas di dahi bila ingin bangun menunaikan solat Subuh.
Demamkah?” Tanya diri.

Ya Allah, lenyapkan kepanasan ini kerana sememangnya aku tidak kuat untuk bekerja bila bersamanya. Hati merintih. Terasa ada titisan panas yang mengalir di tepi mata.

Saya kuatkan hati juga ke kuliah. Dahi yang panas membuatkan kepala jadi pening. Terasa berat dan macam-macam lagi.

Alhamdulillah, suhu panas itu beransur pulih sebelum menjelangnya waktu asar. Dan bersyukur kerana masih mampu melemparkan senyuman kepada yang menyapa.

Petang itu, sesampainya sahaja saya di hostel, tugas yang diamanahkan diuruskan dengan sisa tenaga yang masih ada. Meninjau dan membaikpulih keadaan tersebut.Walaupun berlaku perbezaan yang kurang ketara, ia sudah memadai buat saya. Begitu juga bagi sahabat seperjuangan yang bersungguh-sungguh bekerja untuk mengubah.


Namun, berlaku sedikit masalah bila qarar yang baru dikuatkuasakan. Sahabat yang lain mengadu. Begitu juga dengan adik-adik. Saya kesian pada mereka. Dan saya juga sependapat dengan mereka kerana saya turut merasai kesulitannya.

Kami cuba berbincang dengan mereka yang lebih berkuasa. Dan kemudiannya, jawapan yang mereka beri tetap sama. Amat mengecewakan!

Kita kena usaha juga. Kalau tidak, masalah yang lebih besar akan timbul”. Pesan seorang sahabat.

Kami tekad untuk terus membantu. Namun, kemaafan yang tidak terhingga kami pohonkan andai usaha ini menjadi sia-sia. Moga Allah membantu kami dan kalian.

 Segala kesenangan dan kesukaran, kami sandarkannya kepada-Mu wahai Tuhan yang Maha Perkasa.






  







::Alhamdulillah abadan=)::

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Copyright© All Rights Reserved Ibtihaajhikmah.blogspot.com