Kan terus melangkah.. Ya Allah, Redhailah aku apa adanya ..“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan sekalian hati, tetapkanlah hati ku atas agamaMu (Islam). Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menzalimi diri sendiri.”

18 November 2010

Moga bertemu kembali

Di sinilah kita bertemu
Bertaaruf atas kehendak Yang Maha Esa
Aku, kau dan Dia punya perancangan
Namun, perancangan-Nya mengatasi segala tadbir

Riak wajahmu
Tidak menggambarkan kegusaran
Tiada ketakutan
Tiada kesedihan
Tiada penyesalan

Katamu,
Airmata yang berlinangan
Bukti menerima aturan-Nya
Bukan tanda kelemahan
Bukan juga kepahitan yang ditelan


Katamu, 
Rezeki itu hak mutlak-Nya
Bukan mereka
Bukan siapa-siapa

Dia di sana memanggilmu
Lantas kau sahut panggilan itu
Bukan bererti di sini tidak mahu
Namun, dia hanya memilih dirimu

Aku meyakini,
Kekuatan jiwamu kental dari kami
Dalam meneruskan perjuangan suci
Mendalami risalah Illahi
Memberi peringatan abadi

Kembali bukan bermakna gugur
Kembali bukan bererti gagal
Kelayakanmu menjadikan dirimu dipanggil
Bersama iringan hikmah-Nya yang padu

Harapan kami
Ingin bertemu kembali
Menyingkap tabir kerinduan
Yang menutupi kalbu semalam


p/s: yang dirindui..Siti Fatimah binti Mohammad, Nurul Aarifah binti Musa, dan Yasirah binti Ali
Kumencintai kalian.


::Alhamdulillah abadan=)::

2 comments:

  1. salam'alaik....
    sekian lama post ni tulis baru ana baca,doakan kami terus kuat menyusuri jln dakwah disini,ana redha tempat ana d sni...perancngan Allah yg terbaik....ana syg akak jugak...sgt syg

    ReplyDelete
  2. walaikumsalam warahmatullah..
    InsyaAllah. Moga terus tabah. Salam sayang :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Copyright© All Rights Reserved Ibtihaajhikmah.blogspot.com