Zukhruf el-Mahfuz

Kan terus melangkah.. Ya Allah, Redhailah aku apa adanya ..“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan sekalian hati, tetapkanlah hati ku atas agamaMu (Islam). Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menzalimi diri sendiri.”

25 February 2012

Bekam Sunnah (I)

Bismillahirrahmanirrahim..

Beberapa minggu  yang lepas, saya mendapat jemputan dari bakan Perak untuk menjadi pengisi salah satu slot program mereka iaitu program Princess Day. Dan dalam slot ini, saya diberi taklifan untuk menerangkan tentang salah satu cara perawatan yang menjadi warisan turun temurun.  Yang mana telah pun diiktiraf oleh Nabi Muhammad S.A.W iaitu rawatan bekam.

Awalnya, saya sedikit berat hati kerana masih ramai lagi di luar sana yang layak untuk menerangkan dan memberi pencerahan tentang kaedah rawatan ini kerana saya masih terlalu muda dalam proses mengkaji dan merawat. Masih banyak lagi yang perlu saya dalami. Tapi Alhamdulillah atas sokongan, dorongan dan perbincangan dari sahabat seperjuangan, saya terima dengan hati yang lapang.

Program yang sepatutnya bermula seawal  9.30 pagi dianjakkan sedikit disebabkan keterlewatan saya dan sahabat ke tempat tersebut. Hampir tiga tahun lebih berada di bumi anbiya’ namun masih boleh ‘tersesat’. Kami hanya mampu menggelengkan kepala menyedari kelemahan sendiri.

Setibanya di sana, kehadiran kami disambut mesra oleh ajk program dan kami terus dibawa ke tempat program yang berada di surau bakan. Melihat peserta yang hadir lebih kurang 40orang mengurangkan rasa gementar saya berbanding pengalaman sebelum ini, menjadi ‘moderator terjun’ di hadapan ratusan pelajar sekolah menengah. 

Perasaan gementar yang tadinya berbaki bertukar menjadi bersemangat kerana memikirkan bahawa inilah peluang untuk kami bersama-sama berkongsi dan mengamalkan sunnah nabi Muhammad S.A.W.

Keramahan mereka membuatkan saya selesa. Tidak kurang juga ada yang memanggil ustazah dan ada yang memanggil  doktor. Kedua-duanya saya terima kerana masa yang ada singkat untuk menerangkan kepada mereka keselesaan saya lebih kepada panggilan kakak mahupun adik.

Masa yang diberikan selama satu jam menjadi dua jam apabila teori dan praktikal digabungkan. Bermacam-macam soalan yang diajukan dan Alhamdulillah soalan yang diberikan mampu dijawab berdasarkan pengalaman yang ada.

Di sini sukalah kiranya saya berkongsi sedikit sebanyak tentang rawatan sunnah ini. Moga bermanfaat untuk para pembaca.

**********************************************************

APA ITU BEKAM?

Bekam ialah satu kaedah perawatan yang diwariskan sehingga hari ini secara turun temurun oleh orang-orang terdahulu. Ia memberi pelbagai kesan yang positif dalam perawatan penyakit, kerana itulah ia terus diiktiraf oleh manusia di mana-mana zaman sekalipun, kecuali mereka yang tidak tahu khasiat dan manfaatnya yang sangat besar dalam merawat manusia.

Walaupun kaedah bekam telah dimulakan sejak zaman dahulu kala lagi, ia tetap releven untuk kita amalkan berdasarkan kelebihannya yang banyak. Relevennya sesuatu kaedah perawatan itu bukanlah bergantung kepada zaman kaedah itu tercipta, tetapi ia bergantung kepada sejauh mana ia mencapai tujuan ilmu perubatan iaitu ‘ mengekalkan kesihatan dan menghilangkan penyakit’.


KEDUDUKAN RAWATAN BEKAM?

Rawatan bekam diletakkan pada kedudukan yang tinggi kerana  kaedah ini telah diiktiraf oleh Nabi Muhammad S.A.W  yang sudah tentu percakapan baginda tidak lain dan tidak bukan hanyalah wahyu daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Sabda Rasulullah S.A.W ‘خير ما تداويتم الحجامة و الفصد. Mafhumnya ‘Sebaik-baik pengubatan yang kamu gunakan adalah hijamah (bekam) dan fasdu”. Riwayat Bukhari dan Muslim.

Begitu juga dengan pengiktirafan oleh para malaikat ketika Baginda menghadapi Isra’ dan Mikraj. Ditambah pula dengan penemuan masa kini yang semakin membuktikan kehebatan bekam.

Dalam tradisi perawat Islam, bekam menjadi pilihan utama dan diyakini kemampuannya dalam merawat penyakit. Bahkan, ada pengamal perubatan Islam yang berpendapat bahawa cukuplah dengan hanya menggunakan bekam dan madu untuk merawat pelbagai jenis penyakit.


DEFINISI

Berdasarkan hadis di atas, terdapat dua jenis kaedah rawatan yang disebutkan (alhijamah dan fasdu)  dan kedua-duanya adalah berkait dengan darah. Perlulah untuk kita mengetahui takrif dan perbezaan keduanya. 
i)                    Bekam atau pendarahan khusus dirujuk pada bahasa arab ialah daripada perkataan ‘Hajama’ yang bererti menyedut. Secara istilahnya ia bermaksud ‘ pengeluaran darah pada kulit melalui sayatan dan sedutan’.

Salah satu jenis asas utama bekam iaitu bekam basah

Dalam kamus dewan edisi keempat pula menyatakan bekam sebagai ‘ mengeluarkan darah kotor daripada badan seseorang dengan cara membedah sedikit pada kepala atau belakang badan dan menghisap darah kotor dengan tanduk atau cawan panas yang ditelangkupkan pada tempat yang telah dibedah itu”.

Kamus The American Heritage menyatakan ‘cupping’ sebagai ‘an ancient treatment in which evacuated cups are applied to intact or scarified skin in order to draw blood toward or through the skin surface. It was used for disorders associated with an axcess of blood, one of the four humours of medieval physiology”.

Bekam juga termasuk dalam kategori pembedahan kecil.

ii)                   Fasdu atau pendarahan umum. Dirujuk pada bahasa arab, ia berasal daripada perkataan ‘fasoda’ yang bermaksud berdarah. Ibnu Sina mentakrifkannya sebagai ‘pengosongan dengan tujuan mengeluarkan lebihan’.

Kamus dewan edisi keempat menyatakan ‘pendarahan’ sebagai ‘pengeluaran (pengaliran keluar) darah, turun darah”.

Manakala dalam bahasa Inggeris is ditakrifkan sebagai ‘ the process of removing blood from the body’.

Terdapat dua jenis pendarahan umum iaitu pendarahan pada arteri (arteriotomy) dan juga pendarahan pada vein (venesection/phlebotomy)


PERBEZAAN ANTARA BEKAM DAN PENDARAHAN UMUM

JENIS PENDARAHAN
SUMBER  DARAH
JENIS DARAH YANG TERLIBAT
HIJAMAH (KHUSUS)
       ·         Kapilari
      ·         Sebahagian jenis
      ·         Darah yang tidak   elok

FASDU (UMUM)
       ·         Arteri
       ·         Vein
      ·         Semua jenis
      ·         Bercampur antara yang elok dan tidak elok



PENDARAHAN;  

  •  UMUM;    i) Arteri   ii) Vein

  • KHUSUS; i) Lintah   ii) Torehan  iii) Bekam

                               





::Alhamdulillah abadan=)::

18 February 2012

Percayakan Allah

Bismillahirrahmanirrahim..

Sejauh mana engkau percaya kepada Allah,
Sejauh itulah Dia akan bersamamu,
Sungguh indah bagi yang bercinta dengan-Nya,
Kerana Tuan Punya Jiwa pasti tahu melapangkan dan membahagiakan-Nya.





Percayakan Allah sesungguh-sungguhnya. Hatimu pastinya terukir bahagia :)


::Alhamdulillah abadan=)::

04 February 2012

Maulidur Rasul

Bismillahirrahmanirrahim.


صل الله عليك يا رسول الله



Ada cinta yang datang tanpa pernah bersua muka, hanya mendengar budi hati menjadi terpaut.
Saat rindu tidak keruan, lidah fasih melafazkan selawat. Tanpa jemu!

Maafkan andai hati tidak sempurna dalam mencintaimu meskipun kuingin benar merasakan kesempurnaannya.
Jika dipertemukan walau hanya sekejap cuma, inginku katakan ' aku ingin menjadi darahmu, Ya Rasulallah'


p/s: Terima kasih ya Allah, terima kasih ya Rasulallah untuk segalanya. Alhamdulillah abadan.. 
          .. اللهم صلَى على سيدنا محمد و على آله و صحبه و بارك و سلم


..ketahuilah dalam diri kamu itu ada Rasulullah..


::Alhamdulillah abadan=)::

01 February 2012

Haruman Tahun Baru

Bismillahirrahmanirrahim.




When Allah is your reason to live, you will never have a reason to quit.


لا حول ولا قوة إلا بالله العلى العظيم :)


::Alhamdulillah abadan=)::

20 December 2010

Berehat Seketika

Bismillahirrahmanirrahim.

Bulan Disember akan melabuhkan tirainya dan akan digantikan dengan bulan Januari. InsyaAllah. Salam tahun baru kepada semua. Saya dan sahabat handai akan menduduki peperiksaan semester pertama pada bulan hadapan.

Ingin sekali saya memohon kemaafan yang tidak terhingga kepada kalian di atas keterlanjuran bicara, terkasar bahasa dan perbuatan yang kurang menyenangkan. Tidak kira sama ada kenal mahupun tidak.

Dan doakan juga kejayaan kami. Moga kejayaan kami yang sedikit dapat membantu dan memberi manfaat sesama umat Islam yang lain. Biidznillah

Andai saya melakukan kesilapan yang berulang kali, mohon diberi peringatan yang baik dan teguran yang membina. Semoga Allah merahmati kalian. Yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datang dari kelemahan diri sendiri.

                                     JADUAL IMTIHAN SEM.1 SESI 2011

                                                         5/1: Al-Quran
                                                         9/1: Tarikh Khulafa'
                                                         11/1: Fiqh Lughah
                                                         13/1: Mantiq
                                                         16/1:Fiqh Iqtisad
                                                         18/1: Tafsir
                                                         20/1: Fiqh
                                                         23/1: Maharat
                                                         25/1: Sarf
                                                         27/1: Hadis

* Tarikh bagi madah takhaluf belum dipastikan lagi.

p/s: Bittaufiq wannajah untuk kalian yang seangkatan.


::Alhamdulillah abadan=)::

Sekeping kertas

Bismillahirrahmanirrahim..

Sewaktu sampai di bilik, mata terpandang pada sebuah kertas putih yang bertintakan dakwat hitam. Terlekat kemas berdekatan suis lampu. Namun saya tidak menghiraukannya.

Tambahan pula diri yang memiliki mata yang rabun, membuatkan saya kurang berkeinginan untuk membacanya.

Saya menyiapkan beberapa kerja yang masih tertangguh.Dalam pada itu,berkali-kali juga mata saya terpandang kertas itu. Tapi diri tetap degil untuk mendekatinya, membacanya apatah lagi memikirkannya.

Namun, hati terasa bagai kertas itu memanggil-manggil untuk dibaca. Saya hanya memandangnya dengan pandangan kosong.

Lama saya merenungnya. Lantas saya menanggalkannya dari dinding itu.

Duduk seketika dibirai katil sambil memegang kertas tersebut. Hati mengomel sendirian.

" Oklah. Saya bacalah." Lidah berbicara. Mengalah pada sekeping kertas yang "punya" ruh..

Untukmu Muslimah


Kami sulit menahan pandangan mata ketika melihat kalian, apalagi jika kalian diamanahkan Allah kecantikan dan posture yang ideal, kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian, kerana itu lebarkanlah pakaian kalian, dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.


Kami juga sulit menahan pendengaran kami ketika berbicara dengan kalian, apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah suara yang merdu dengan irama yang mendayu, kerana itu tegaskanlah suara kalian, dan berbicaralah seperlunya.


Kami juga sulit menahan bayang-bayang hati kalian, ketika kalian dapat menjadi tempat mencurahkan isi hati kami, waktu luang kami akan sering terisi oleh bayang-bayang kalian, kerana itu janganlah kalian membiarkan kami menjadi curahan hati bagi kalian.


Kami tahu kami paling lemah bila harus berhadapan dengan kalian. Kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh hanya dengan senyum kalian. Hati kami akan bergetar ketika mendengar kalian menangis. Sungguh Allah telah memberikan amanah terindah kepada kalian, maka jagalah jangan sampai Allah murka dan memberikan keputusan.


Maha Besar Allah yang tahu akan kelemahan hati kami, hanya dengan ikatan yang suci dan diredhaiNya kalian akan halal bagi kami.


Hati beristighfar. Terasa jiwa dijentik oleh-Nya. Peringatan inilah yang sering dilupakan. Seringkali juga terlupa bahawa diri ini adalah fitnah dunia. Fitnah yang membahayakan. Punca kerosakan dan bisa menggugat iman sang Adam.

Mengharap rahmat dari Ilahi untuk menegur diri yang masih kurang dan lemah. Moga diri tidak dibiarkan tenggelam dalam laut kealpaan. Itulah harapan

Tazkirah dan muhasabah ini buat diri dan kaumku yang bergelar Hawa..


Wanita Solehah Lebih Baik Daripada Bidadari Syurga
Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.
Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki. Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, cthnya seperti Uwais Al-Qarni.
Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.
Rasulullah SAW bersabda,


“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)


“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)



Tapi betul kah wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)

Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu?

Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.
Seorang gadis kecil bertanya ayahnya: “Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”
Si ayah pun menjawab: “Anakku, seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil, tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”
Si ayah terus menyambung
“Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan. Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”
Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr, Abdullah ibn Abbas dan lainnya berpendapat.Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram (As syeikh Said Hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)
“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)



“Lantas apa lagi ayah?” sahut puteri kecil terus ingin tahu.
“Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada Tuhannya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”
“Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”
Setelah itu si anak bertanya. ”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah? Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”
Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata:
”Pelajarilah mereka! Supaya kamu berjaya nanti. InsyaAllah kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”
Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.
“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya” (Riwayat Al Bazzar)





::Alhamdulillah abadan=)::

Tahukah sahabat sekalian? (1)

MEREKALAH TENTERA AGAMA ALLAH!

Briged Al Qasaam yang merupakan sayap ketenteraan HAMAS seringkali diberikan pertolongan oleh Allah swt. Pemuda-pemuda yang terpilih sahaja yang layak menyertai pasukan ini. Antara syarat yang asas ialah mereka mesti mendapatkan kelulusan imam masjid tempat tinggal yang boleh membukti bahawa mereka adalah :

Pemuda yang berakhlak
Mesti menghafal 40 buah hadith
Berpuasa sunat Isnin dan Khamis
Menghafal Al Quran
Tidak merokok
Sentiasa melazimi solat berjemaah


Seorang aktivis dakwah yang pernah menjejakkan kaki ke Bumi Palestin itu pernah berkata.. “ " Dalam hidup saya, belum pernah saya melihat pemuda-pemuda yang sangat mencintai Zikrullah. Pemuda Palestin sangat menititikberatkan persoalan persiapan akhirat ”.
Subhanallah..! Merekalah pejuang agama Allah swt!


::Alhamdulillah abadan=)::

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Copyright© All Rights Reserved Ibtihaajhikmah.blogspot.com