Kan terus melangkah.. Ya Allah, Redhailah aku apa adanya ..“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan sekalian hati, tetapkanlah hati ku atas agamaMu (Islam). Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menzalimi diri sendiri.”

24 June 2012

TAUTAN '12

Bismillahirrahmanirrahim..




Menarikkan?




Program ini telah pun dijalankan pada 6&7 April 2012. Dan merupakan aktiviti yang julung kalinya diadakan dengan bertemakan ' Tautan Ukhuwah Jalinan Kasih'. Dibawah kelolaan Exco Sukan Kesenian & Kebudayaan sesi 2012/2013.




Asalnya, program ini dinamakan Hari Keluarga ( HAKED '12) akan tetapi suasana kami di sini yang masih bujang trang tang-tang menyebabkan nama tersebut kurang sesuai. 


Dan telah ditukar oleh pihak atasan menjadi seperti tema yang saya sebutkan tadi.


Program ini berlangsung selama dua hari. Sebelum tibanya hari yang dinantikan ini, selama seminggu lebih ahli kumpulan atau keluarga 'UKHUWAH'  yang bertemakan warna ungu ( kumpulan lain saya tak pasti) sangat komited dan bersungguh-sungguh membuat persiapan nasyid, mascot costume yang bertemakan Super Manggis , bendera, sepanduk dan lain-lain lagi.

Selain daripada itu, kami juga telah mengadakan perjumpaan lebih dari empat kali bagi memastikan setiap acara dan ahli melibatkan diri di dalam program ini. 


Alhamdulillah hampir 92% dari ahli keluarga kami menyertainya.


Ramai di antara kami yang bersengkang mata dan saling bantu-membantu dalam menyiapkan segala keperluan kumpulan. 


Ada juga yang memberi semangat dengan menghidangkan minuman, berkongsi cerita kelakar, menayangkan movie dan melontarkan kata-kata positif.


Seterusnya disambung dengan qiam dan solat subuh berjemaah. 


Walaupun sangat letih dan sedikit pening kerana tidak punya waktu rehat yang cukup disebabkan kerja dilakukan setelah habis kuliah, kami teruskan juga.


Sedikit terkilan bilamana Edisi Khas Tautan '12, yang ditaklifkan kepada saya dan perlu dicetak pada hari pertama program tersebut, 80% sudah siap telah terpadam disebabkan masalah teknikal yang tidak sepatutnya berlaku.

Saya hanya mampu memandang laptop dengan pandangan yang kosong. Hati beristighfar.


Tangan memegang kepala. 'Ya Allah..!'. Sedikit menjerit.


Saya tidak sedih apatah lagi menangis cuma sedikit cemas kerana masa yang ada sangat suntuk. 


Tambah terkilan kerana masa yang saya korbankan dengan tidak tidur semalaman terbuang begitu saja.


Jauh di sudut hati, moga Allah tidak sia-siakan setiap pergerakan saya sepanjang itu. Aameen.




Saya memulakan kerja pengeditan tersebut dari mula bersama Basmalah. Moga kali ini tiada aral yang melintang. 


Alhamdulillah kerja bertambah mudah bilamana seorang senior dan junior yang sangat mahir dan kreatif dalam selok belok pengeditan telah membantu saya. 


Selepas subuh semuanya telah selesai dan diserahkan terus kepada Ahli Jawatankuasa  ikhwah untuk difotostat dan diedarkan. Terima kasih kalian.


Berbalik kepada program ini, awalnya kami semua dikumpulkan di dalam dewan. Ketika itu, semua kumpulan dikehendaki melaungkan sorakan kumpulan dan juga memperlihatkan maskot yang telah dipilih. 


Geli hati melihat gelagat mereka yang berada di dalam dewan. Ada yang mula menunjukkan taringnya, ada yang mula membuat muka mengejek dan macam-macam lagi. 


Suasana bertambah meriah apabila maskot semua kumpulan naik ke atas pentas. Ada Ninja Boy mewakili kumpulan Tautan yang bertemankan warna biru.


Seterusnya, Super Manggis mewakili kumpulan saya iaitu Ukhuwwah yang bertemakan warna ungu. Kemudian diikuti kumpulan Jalinan yang bermaskotkan Epal Hijau.


Dan yang terakhir, Angry Bird maskot bagi kumpulan Kasih dengan warna temanya merah.

Kemudiannya, kami diasingkan antara ikhwah dan akhawat. Bagi ikhwah permainan yang diadakan adalah seperti futsal, sepak takraw, timbang, belon air, PES dan banyak lagi.



Bagi akhawat pula, mainan yang dipertandingkan adalah Explorace, belon air, gula dalam tepung, dengar dan patuh, lukisan berantai, pemberita berkepala tiga, lakonan, nasyid, teka-teki dan banyak lagi.

Setelah dua hari berlalu, saat inilah yang paling ditunggu-tunggu iaitu Malam Penutupan.



Sepanjang tempoh aktiviti berlangsung, memang tidak dapat dinafikan semua kumpulan sentiasa membuat persaingan sengit. Bilamana pada mulanya kumpulan Ukhuwah banyak membuat mata kemenangan, esoknya dirampas semula oleh kumpulan Kasih. 


Pemenang bagi tempat keempat sudah diumumkan dan dimenangi oleh Kumpulan Jalinan. Seterusnya tempat ketiga disandang oleh Kumpulan Tautan. 


Hati berdebar. 


Tinggal dua kumpulan sahaja yang belum disebutkan. Ukhuwah dan Kasih.


Tempat kedua mula diumumkan. Sorakan mula kedengaran bilamana Kumpulan Kasih menyandang tempat tersebut. Ini bermakna Kumpulan Ukhuwwah yang bertemakan warna ungu menjadi Johan untuk julung kalinya. 


Alhamdulillah. Moga kemenangan selepas terus bersama kami =D




::Alhamdulillah abadan=)::

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Copyright© All Rights Reserved Ibtihaajhikmah.blogspot.com