Kan terus melangkah.. Ya Allah, Redhailah aku apa adanya ..“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan sekalian hati, tetapkanlah hati ku atas agamaMu (Islam). Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menzalimi diri sendiri.”

24 June 2012

Fajar Islam Kian Menyinsing!

Bismillahirrahmanirrahim..



Dr. Muhammad Mursi disahkan sebagai Presiden republik Arab Mesir yang RASMI.
Tahniah dari kami rakyat Malaysia !


Selepas bersengkang mata semalaman, saya teruskan sehingga Dhuha menjelma. Keletihan itu membawa saya tertidur selepas sahaja solat Asar. Tabiat yang kurang elokkan? Jangan tiru!

Tiba-tiba seorang senior mengetuk pintu bilik lalu mengejutkan saya dari terus terlena. ' Eh, keputusan pilihanraya Mesir sudah keluar. Doktor Mursi menang..!". 



Saya yang masih dalam keadaan separuh sedar membalas kenyataannya dengan Alhamdulillah. Namun hati menggetus ' Boleh pula kejut orang sebab tu je?'.


Dan sebenarnya tidaklah salah dan sangat sesuailah dia berbuat sebegitu kerana saya juga antara mereka yang menanti keputusan pilihanraya Mesir.


Setiap kali saya menaiki teksi atau singgah di mana-mana kedai, pastinya soalan yang terpacul dari mulut saya " Pakcik, kamu pilih siapa? Muhammad Mursi atau Ahmad Syafiq?"


Ada yang membalas dengan mengatakan mereka menyokong Dr. Muhammad Mursi dan ada  juga yang menyokong Ahmad Syafiq.


Antara kedua-dua pimpinan ini, jauh panggang dari api visi dan misi perjuangan yang mereka ingin bawa untuk rakyat apabila menerajui kepimpinan nanti. Jauh sangat bezanya.


Saya bukan 'ahli'nya untuk mengulas panjang lebar tapi secara peribadi, kita akan berlapang dada, yakin dan  gembira bilamana apa yang ingin dibawa sejajar dengan tuntutan al-Quran dan as-Sunnah. Bukan retorik semata-mata.


Dari latar belakang mereka, juga gambaran keadaan isteri dan anak-anak, kita sudah boleh menilai yang mana boleh sama-sama membantu menjaga agama kita.


Apakah patut kita memilih mereka yang tidak mampu menjaga agamanya sendiri? Bahkan beriya-iya mahu menjaga agama orang lain. Pastinya tidak bukan !

Sehinggakan Syeikh Abdur Rahman Al-Barrak mengeluarkan fatwa Haram memilih calon Ahmad Syafiq kerana dia calon yang direstui Amerika sehingga rakyat Mesir tidak akan mendapat kebaikan dan kemajuan.



Bahkan beliau mempersoalkan, " Apakah mungkin seorang muslim rela memilih Presiden yang menyamakan Al-Quran dan Injil yang sudah mansukh?"

 





Syeikh Abdur Rahman Al-Barrak, mantan Guru Besar dan Profesor di Universiti Islam Imam Muhammad ibn Saud,
Arab Saudi.


Melihat kembali kepada kenyataan Ahmad Syafiq sewaktu dicalonkan,  bahawasanya dia ingin mengembalikan pemerintahan rejim Mubarak. 

Bahkan tidak pernah meminta maaf atas tersia-siakannya revolusi Mesir. 

Ini bererti dia ingin membawa langkah yang mundur kebelakang, yang mana tidak boleh diterima akal sihat. 


Berkat sabar dan doa yang dipanjatkan sebahagian besar rakyat Mesir dan juga seluruh warga muslimin di pelusuk dunia, akhirnya taqdir Allah menyebelahi Doktor Muhammad Mursi apabila pengumuman dibuat sekitar jam4 petang waktu Mesir dengan undian beliau sebanyak 13.2 juta.


Berbanding Ahmad Syafiq yang memperolehi 12.3juta. 800 ribu lainnya dikira sebagai undi tidak sah. 


Alhamdulillah untuk kemenangan ini.


Saya yakin, dengan kemenangan Dr. Muhammad Mursi ini petanda mulanya kebangkitan Islam.


Sudah pastinya jalan kemenangan Islam itu lebih meluas dan semakin dekat. Moga bumi Palestin juga akan bebas tidak lama lagi. Nantikan!


Maka, benarlah kata Al-Marhum Syed Qutbi " Fajar Islam kian menyinsing!".








Sokongan Ulama Azhar terhadap Dr. Mursi semasa dicalonkan



***************************************



Kenali Dr. Muhammad Mursi (calon Ikhwanul Muslimin untuk Presiden Mesir)

1. Satu-satunya calon yang mana dia, isteri dan lima anaknya menghafaz al-Quran.


2. Satu-satunya calon yang berjanji dan berbaiah di hadapan Allah dan rakyat untuk melaksanakan syariat Islam di Mesir.


3. Satu-satunya calon yang pernah menjadi pensyarah di 5 buah universiti antarabangsa.



4. Satu-satunya calon yang pelbagai artikelnya diterbitkan oleh NASA.


5. Satu-satunya calon yang pernah terpilih sebagai ahli parlimen terbaik di dunia dari tahun      
    2000 sehingga 2005.


6. Satu-satunya calon yang tidak mencalonkan dirinya untuk jawatan tetapi dipilih oleh Majlis Syura.


7. Satu-satunya calon yang memperolehi sokongan dari pergerakan cendikiawan terbesar Mesir iaitu Islamic Legitimate Body of Rights and Reformation.


8. Satu-satunya calon yang berdiri di belakangnya parti politik besar Mesir iaitu Parti Kebebasan dan Keadilan (Freedom and Justice Party).


9. Satu-satunya calon yang berdiri dibelakangnya Jemaah Islam terbesar di dunia iaitu Ikhwan Muslimin.


10. Satu-satunya calon yang memiliki sebesar-besar projek pembangunan dan menggabungkan 1000 orang pakar dalam semua bidang kepakaran.



Kalau anda nak tahu, Dr Muhammad Mursi ini adalah pemimpin negara ke-2 dalam dunia moden kini yang menghafaz 30 juzuk al-Quran selepas Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyah. Takbir!


Lihatlah kesan dari kemenangan Dr. Muhammad Mursi sebagai Presiden Mesir ke atas Tel Aviv, Israel. Mereka dilanda kesedihan :)









Musuh-musuh Allah dalam ketakutan. :)
  
                                               










 


::Alhamdulillah abadan=)::

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Copyright© All Rights Reserved Ibtihaajhikmah.blogspot.com