Kan terus melangkah.. Ya Allah, Redhailah aku apa adanya ..“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan sekalian hati, tetapkanlah hati ku atas agamaMu (Islam). Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menzalimi diri sendiri.”

23 June 2012

Lancing Device


Bismillahirrahmanirrahim..


Seusai sahaja azan Asar dan menunaikan solat, saya terus mengenakan pakaian yang biasa saya pakai ke kuliah. Jubah dan tudung labuh.


Hasrat hati semalam, ingin ke Medan Abbasiah bagi mencari beg keyboard untuk seorang kawan.

Dia meminta bantuan agar membelikannya kerana kekangan masa dek imtihan.  Seterusnya ke farmasi yang menjual alat rawatan yang diperlukan kerana alat rawatan saya sudahpun rosak..



Tertunai juga akhirnya.

Alhamdulillah, seorang junior sudi menemani saya. Kami bersama-sama menaiki Metro iaitu keretapi bawah tanah yang laju dan lancar.

Sebelum menaikinya, dia mengatakan kepada saya bahawa inilah pertama kalinya dia menaiki kemudahan awal tersebut sejak pelancarannya.



Saya hanya tersenyum. Jauh di sudut hati saya merasa sebak kerana dua hari lagi dia bakal pulang ke Malaysia. Katanya, tidak pasti samada dia akan kembali semula ataupun tidak.


Pastinya ada sesuatu yang dia sembunyikan dan saya tidak ingin memaksa dia untuk menceritakan melainkan hatinya sendiri lapang untuk berkongsi masalahnya kepada saya.


Lagipula, tiket jalan sehala sudah berada di tangannya. Dia seorang yang sangat baik. Jujur dalam membantu. Kerap kali menziarahi saya. Rajin menjadi imam di surau akhawat. Moga Allah permudahkan jalan hidupnya. InsyaAllah.


Setibanya kami di Medan Abbasiah, kami terus ke El-Shams. Kedai yang menjual peralatan muzik seperti gitar, gambus, seruling, keyboard dan banyak lagi.


Alhamdulillah, mujur apa yang dicari dijumpai. Beg itu cuma tinggal satu sahaja lagi. Asalnya penjual tersebut menjual dengan harga L.E65 tapi saya minta agar dikurangkan lagi. 


Tawar menawar berlaku. Kemudiannya, penjual tersebut memberi harga terakhir iaitu L.E63. Kurang L.E2 je? Aduh.


Kemudiannya, kami teruskan perjalanan ke farmasi yang berdekatan. Farmasi pertama tidak mempunyai barang yang kami cari iaitu Lancing Device atau Lancet Pen atau Lancet Device atau Pen for measure blood insulin.


Saya pun kurang pasti nama yang terakhir tu tapi begitulah ayatnya kalau mahu mencari alat bertuah ini. Kami teruskan lagi ke farmasi yang lain.


Di farmasi kedua ini, punya alat tersebut tapi tidak boleh dijual kerana ia kegunaan persendirian. Saya menghela nafas panjang.


Tidak tahu samada ianya keluahan atau nafas kepenatan kerana perlu berjalan kaki dari jalan besar ke kawasan tersebut dalam tempoh 15 hingga 20 minit.


Mujur penjaga farmasi itu baik. Sangat baik. Saya sendiri tidak tahu masih adakah lagi insan seperti ini. Melihat kepada raut wajahnya sudah bisa menenangkan jiwa walaupun tidaklah sehensem mana =D.


Katanya, dia terlupa nama benda tersebut dengan lebih tepat. Lantas dia mengambil pen dan kertas.


Lalu menuliskan sesuatu..









القلم الذي يتركب فيه الإبر لأن تطلع نقطة الدم تحتها في جهاز قياس السكر لقياس مستوى السكر في الدم


Pen yang boleh dimasukkan jarum ke dalamnya. Digunakan untuk mengeluarkan titik cairan darah.
Ianya merupakan sebahagian alat pengukur kandungan gula dalam darah.




Kemudian dia menyebutkan nama farmasi tersebut. Kami mengangguk tanda faham. Tapi dia terus sahaja mencoret lagi sesuatu di belakang kertas tersebut.


Nama Farmasi yang dimaksudkan


 Semasa melihat dia menulis, saat itu juga hati saya mengaguminya. SubhanAllah baiknya dia. Bukan sahaja menuliskan alamat dan menerangkan alat yang dicari, bahkan memuliakan kami dengan membukakan pintu farmasinya serta menunjukkan arah jalan.


 Cantik sungguh akhlak beliau. Moga sentiasa dalam kemuliaan Allah.


Sampai sahaja di farmasi yang dimaksudkan, saya bagaikan cacing kepanasan. Hampir semua barang dalam farmasi itu saya belek. Bertanyakan harga dan fungsinya.


Pening kepala empunya farmasi agaknya dek melayan kerenah saya. Dengan terpaksa mengikut langkah saya kerana tidak mendengar suara saya yang macam kartun ini.

Tambahan pula, tidak semua yang ada di farmasi itu, ada di farmasi lain. Sempat juga saya membeli set glove dan musk untuk kegunaan saya bila membuat rawatan bekam nanti.

Seronok rasanya. :)





**************************************************

Lancing Device / Lancet Device

A device that holds a lancet firmly, and when triggered, moves the lancet linearly ahead to prick the skin in a controlled manner. 



Lancing devices usually can be adjusted to alter the depth that the lancet goes into the skin.

The purpose is to obtain a small amount of capillary blood for testing. Also called a lancet device.




Inilah alat itu. Sebiji dengan yang saya beli.
Harga L.E45 selepas dapat diskaun L.E5 sebab beli dua batang :)









::Alhamdulillah abadan=)::

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Copyright© All Rights Reserved Ibtihaajhikmah.blogspot.com