Kan terus melangkah.. Ya Allah, Redhailah aku apa adanya ..“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan sekalian hati, tetapkanlah hati ku atas agamaMu (Islam). Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menzalimi diri sendiri.”

21 September 2012

Sunanku sayang

Bismillahirrahmanirrahim..

Sunan.. itulah nama yang kuberikan kepada seekor kura-kura yang telah mengganggu kekhusyukanku semasa menghabiskan novel yang hebat lagi menusuk kalbu, Bagaikan Puteri karya Ramlee Awang Mursyid petang kelmarin.

'Wanie..wanie! Cepat, ada kura-kura..!' panggil bapaku.

Aku yang sedang duduk menyandar di dinding bilik lantas bangun mendapatkan bapaku. Lalu, melihat ke arah yang ditunjukkannya. Sebuah paya kecil di sebelah rumahku. Kelihatan ada seekor kura-kura hitam gelap berjalan memasuki paya.

'Wah, kura-kura..!' Jeritku gembira. Lantas aku menjerit memanggil abangku untuk meminta pertolongannya mengambil si comel yang telah menarik hatiku itu.

Bertukar tangan.

Kura-kura yang bersembunyi di sebalik cengkerangnya itu aku masukkan ke dalam besen yang agak besar lalu kutuangkan sedikit air. Senyap.

10minit kumenunggu. Dia masih tidak mengeluarkan kepalanya. Kemudian, aku mengambil seekor ikan di dalam peti bagi mengumpannya untuk keluar dari cengkerangnya atas saranan bapakku.

Menunggu. Masih belum keluar.

Kulihat cengkerangnya sedikit bertanah. Aku mengambil berus gigi dan menuangkan sabun cecair di atasnya lalu membersihkan Sunan. Tiba-tiba, kedengaran teguran bapaku yang sedikit tinggi.

'Kenapa guna berus gigi itu?' Tanya bapaku.

'Kenapa pa?' Menyoal kembali.

'Itu berus gigi bapa. Baru beli lagi tu'. Beliau menjawab tertawa.

'oh ya ka? Alamak, terberus sudah. Nda apa. Nanti bapa belilah yang baru lagi ya. Kalau mahu guna berus ni boleh juga tapi bekas kura-kuralah. Ngee..' Jawabku sengih.

Ibu dan abang yang mendengar perbualan kami, ketawa. Aku yang dihimpit rasa bersalah tersenyum kelat dengan keletahku sendiri sambil meneruskan kerja pembersihan cengkerang.

Setelah semuanya selesai, aku membawa Sunan ke dalam bilik. Dan aku meneruskan pembacaan sambil memanggil-manggil namanya.

Kepalanya sedikit terjengul.

Penat menunggu. Lamanya bagaikan menunggu nasi yang baru di tanak. Aku mula mendapat idea. Selawat!

Aku mula mendendangkan selawat.

 'Sollallahu a'la Muhammad, Sollallahu a'laihi wasallam...'. Berulang kali.

Sunan mengeluarkan kepalanya. Bukan sedikit bahkan semuanya. Dia melilau ke kanan ke kiri bagaikan turut berselawat berserta kerdipan matanya.

Hatiku tersentuh. Memuji kebesaran Allah.

'Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada satupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya. Tetapi, kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya dia Maha Penyantun dan Maha Pengampun." (Qs. 17:44)


Padanya aku belajar sesuatu yang sememangnya ramai dari kita sudahpun tahu. Semua makhluk di dunia ini kenal pada kekasih Allah. kenal pada kecintaan-Nya. Turut menyayangi baginda. Pastinya kenal dan kasih pada baginda walau mereka bukan makhluk yang berakal. Bagaimana pula dengan kita?

Dia juga membuatkanku berfikir bagaimana Allah menciptanya begitu unik dengan cengkerang yang tebal lagi keras, hidup dua alam, hidup sendirian tanpa kumpulan. Hidup yang kebergantungan sepenuhnya pada Allah.  SubhanaAllah. Aku malu sendiri.

Dalam kelekaan mulutku mendendangkan selawat sambil mata menyambung pembacaan, ibuku tiba-tiba menjerit kecil namaku.

'Wanie...! Sunan di ruang tamu.." Jerit ibu.

Kutangkap Sunan dan meletakkannya semula ke dalam besen yang berada di bilikku. Dan aku pergi ke ruang tamu untuk melayari internet.

Tanpa aku sedar, kulihat Sunan sudah berada di sebelahku. Aku tersenyum sambil menggeleng.
 'Bukan main nakal lagi kau ya. Besen yang tinggi tu pun kau boleh keluar.' kataku pada Sunan.

Aku membiarkan Sunan berjalan-jalan ke mana saja dia mahu. Dari ruang tamu hingga ke dapur. Sudah satu rumah dia keliling. Jauh di sudut hati, aku risau jika Sunan punya anak-anak atau telur. Aku tidak mahu jadi pemisah kelak aku tiada jawapan di hadapan Tuhanku.

Aku bertanyakan ibu jika ada akuarium yang disimpan namun ibu mengatakan tiada. Hasratku untuk membelanya terbantut. Aku melihat Sunan berjalan ke sana ke mari. Kalau simpan di besen, pastinya dia tidak bebas dan kalau di biarkan, najisnya pasti di merata-rata.


Ini bukan Sunan tapi rupanya sama seperti Sunan :)

Aku mengambil keputusan untuk melepaskannya malam itu juga. Meminta tolong abang untuk meletakkannya di tempat asal. Lampu suluh ibu kupinjam untuk menyuluhnya. Kulihat Sunan berjalan ke arah paya. Kemudian dia berpatah balik ke tepi rumah.

Aku terus masuk ke dalam rumah dan menutup pintu. Sedikit sebak. Terus aku berlari ke dalam bilik. Menangis. Rasa sayang yang menebal walaupun pertemuan kami hanya sebentar. Dia mengingatkan aku pada Nabi. Pada kehebatan Rabbul Jalil.

Sunanku sayang... Moga bertemu lagi insyaAllah :')







::Alhamdulillah abadan=)::

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Copyright© All Rights Reserved Ibtihaajhikmah.blogspot.com