Kan terus melangkah.. Ya Allah, Redhailah aku apa adanya ..“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan sekalian hati, tetapkanlah hati ku atas agamaMu (Islam). Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menzalimi diri sendiri.”

22 June 2012

Cik Keyno-ku

Bismillahirrahmnirrahim..


Agak lama tidak mencoret di blog ni. Sudah usang nampaknya.


Hari ini, genap lapan belas hari saya bercuti dan masih berbulan-bulan lagi cuti berbaki. Cuti musim panas. Dan hari ini juga Mesir masih terus hangat dengan politiknya.


Mudah-mudahan Allah bantu mereka yang sentiasa mengikut panduan dan berkorban demi meninggikan Kalimah Tauhid-Nya. Aameenn!


Alhamdulillah, baru dua tiga hari lepas hati terasa lapang bila mendapat private message dari salah seorang Doktor kuliah memberitahu bahawa tahun Tiga ini saya mendapat najah sofi (lulus semua subjek) untuk 20 mata pelajaran.


Hati mengucapkan kalimah Takbir dan Tahmid. Membawa kepada sunat Syukur dan semangat berpuasa sunat.


Namun, masih tersisa sedikit kesedihan bilamana subjek di tahun Dua saya perlu bawa ke tahun Empat. Adab dan Nusus.


Tiada apa yang istimewa untuk dikongsikan. Sekadar pengalaman dalam dunia kedewasaan ini. Hehe.


Cuti ini, terlalu banyak perancangan saya. Mahu menghafal Al-Quran, meneruskan latihan silat yang tertangguh kerana imtihan yang berjalan, menyulam, membaca dan terus membaca tapi apakan daya Allah lebih berkuasa ke atas diri saya.


Dalam tempoh 18 hari ini, saya cuma sibuk dengan merawat orang dan memahirkan lagi tangan saya memetik keyboard piano di samping bisnes tiket kapal terbang dan kredit antarabangsa yang menghiburkan.





************************************************


Keyboard Piano


Benda kesayangan sy ni (Cik Keyno) baru saja hadir dirinya dalam hidup saya tahun ini. Saya memang minat muzik terutamanya yang sentimental kerana saya agak jiwang dan romantis. Hehe. Bajet!


Keinginan memiliki keyboard sendiri sudah lama bertapak di hati saya cumanya saya malas melayannya. Banyak perkara penting lagi yang saya kena fikir dan uruskan.


Saya pun tidak tahu dari mana datangnya semangat yang membawa diri saya membeli Cik Keyno ni. Seingat saya, saya membelinya pada minggu kedua bulan peperiksaan. 22 Mei 2012.


Masa lapang yang tersisa pastinya dia akan menemani.. Saya kira ianya membantu dalam mempercepatkan keaktifan otak saya.


 Teringat bilamana dua hari selepas saya memilikinya, saya akan berhadapan dengan subjek Hadis. Saya cuba untuk menghafal 14 buah Hadis bersama mufradat, syarah, khilaf ulama dan faedah yang terdapat di dalam Hadis.


Saya mulakan dengan membaca hadis berkaitan binatang iaitu anjing. Hukum jual beli anjing, memelihara, berburu, dan menyentuh.


Seterusnya mengenai Pernikahan. Hadis tentang memilih calon isteri, tentang talak, tentang menjaga rahsia suami isteri dan banyak lagi yang berkaitan perkahwinan.


Selesai membaca dan memahami, saya mula menghafal. Kebiasaannya, saya akan fahami dahulu pelajaran tersebut baru menghafalnya kerana saya tidak suka menghafal membabi buta.


Mudah lupa dan susah untuk digoreng dalam kertas jawapan nanti. ;)


Akan tetapi, dua jam berlalu. Saya bagaikan orang yang berkhayal di depan kertas. Saya penat kerana apa yang dihafal tersekat-sekat. Justeru bimbang dengan yang berbaki. Saya mulai sedih.


Saya mendekati Cik Keyno. Mula memetiknya bersama ismillah. Alunan yang dimainkan adalah Sedetik Lebih dendangan Anuar Zain dan Fur Elise oleh Beethoven.


Mainan saya tidaklah sehebat mana kerana baru beberapa hari memilikinya. Tanpa bergantung kepada kertas muzik, hanya melihat kepada tutorial di internet. Hehe.



Seusai bermain, saya teruskan menghafal. Alhamdulillah, sesuatu yang sangat menakjubkan. Kesemua hadis saya dapat hafal dengan lancar malah tulisannya sedikit sebanyak muncul dalam minda saya. SubhanAllah!


Sepanjang peperiksaan, Cik Keyno banyak membantu. Terima kasih Cik Keyno.


Namun, selepas peperiksaan Cik Keyno dibiarkan buat sementara waktu kerana ada beberapa hal yang saya perlu selesaikan. Maafkan saya Cik Keyno.:(




Tadaaaa.. Ni lah Cik Keyno saya!! <3





















::Alhamdulillah abadan=)::

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Copyright© All Rights Reserved Ibtihaajhikmah.blogspot.com