Kan terus melangkah.. Ya Allah, Redhailah aku apa adanya ..“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan sekalian hati, tetapkanlah hati ku atas agamaMu (Islam). Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menzalimi diri sendiri.”

25 February 2012

Bekam Sunnah (I)

Bismillahirrahmanirrahim..

Beberapa minggu  yang lepas, saya mendapat jemputan dari bakan Perak untuk menjadi pengisi salah satu slot program mereka iaitu program Princess Day. 


Dan dalam slot ini, saya diberi taklifan untuk menerangkan tentang salah satu cara perawatan yang menjadi warisan turun temurun.  Yang mana telah pun diiktiraf oleh Nabi Muhammad S.A.W iaitu rawatan bekam.

Awalnya, saya sedikit berat hati kerana masih ramai lagi di luar sana yang layak untuk menerangkan dan memberi pencerahan tentang kaedah rawatan ini kerana saya masih terlalu muda dalam proses mengkaji dan merawat.


 Masih banyak lagi yang perlu saya dalami. Tapi Alhamdulillah atas sokongan, dorongan dan perbincangan dari sahabat seperjuangan, saya terima dengan hati yang lapang.

Program yang sepatutnya bermula seawal  9.30 pagi dianjakkan sedikit disebabkan keterlewatan saya dan sahabat ke tempat tersebut. 


Hampir tiga tahun lebih berada di bumi anbiya’ namun masih boleh ‘tersesat’. Kami hanya mampu menggelengkan kepala menyedari kelemahan sendiri.

Setibanya di sana, kehadiran kami disambut mesra oleh ajk program dan kami terus dibawa ke tempat program yang berada di surau bakan. 


Melihat peserta yang hadir lebih kurang 40orang mengurangkan rasa gementar saya berbanding pengalaman sebelum ini, menjadi ‘moderator terjun’ di hadapan ratusan pelajar sekolah menengah. 

Perasaan gementar yang tadinya berbaki bertukar menjadi bersemangat kerana memikirkan bahawa inilah peluang untuk kami bersama-sama berkongsi dan mengamalkan sunnah nabi Muhammad S.A.W.

Keramahan mereka membuatkan saya selesa. Tidak kurang juga ada yang memanggil ustazah dan ada yang memanggil  doktor. 


Kedua-duanya saya terima kerana masa yang ada singkat untuk menerangkan kepada mereka keselesaan saya lebih kepada panggilan kakak mahupun adik.

Masa yang diberikan selama satu jam menjadi dua jam apabila teori dan praktikal digabungkan. 


Bermacam-macam soalan yang diajukan dan Alhamdulillah soalan yang diberikan mampu dijawab berdasarkan pengalaman yang ada.

Di sini sukalah kiranya saya berkongsi sedikit sebanyak tentang rawatan sunnah ini. Moga bermanfaat untuk para pembaca.

**********************************************************

APA ITU BEKAM?

Bekam ialah satu kaedah perawatan yang diwariskan sehingga hari ini secara turun temurun oleh orang-orang terdahulu. 


Ia memberi pelbagai kesan yang positif dalam perawatan penyakit, kerana itulah ia terus diiktiraf oleh manusia di mana-mana zaman sekalipun, kecuali mereka yang tidak tahu khasiat dan manfaatnya yang sangat besar dalam merawat manusia.

Walaupun kaedah bekam telah dimulakan sejak zaman dahulu kala lagi, ia tetap releven untuk kita amalkan berdasarkan kelebihannya yang banyak. 


Relevennya sesuatu kaedah perawatan itu bukanlah bergantung kepada zaman kaedah itu tercipta, tetapi ia bergantung kepada sejauh mana ia mencapai tujuan ilmu perubatan iaitu ‘ mengekalkan kesihatan dan menghilangkan penyakit’.


KEDUDUKAN RAWATAN BEKAM?

Rawatan bekam diletakkan pada kedudukan yang tinggi kerana  kaedah ini telah diiktiraf oleh Nabi Muhammad S.A.W  yang sudah tentu percakapan baginda tidak lain dan tidak bukan hanyalah wahyu daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Sabda Rasulullah S.A.W ‘خير ما تداويتم الحجامة و الفصد. Mafhumnya ‘Sebaik-baik pengubatan yang kamu gunakan adalah hijamah (bekam) dan fasdu”. Riwayat Bukhari dan Muslim.

Begitu juga dengan pengiktirafan oleh para malaikat ketika Baginda menghadapi Isra’ dan Mikraj. 


Ditambah pula dengan penemuan masa kini yang semakin membuktikan kehebatan bekam.

Dalam tradisi perawat Islam, bekam menjadi pilihan utama dan diyakini kemampuannya dalam merawat penyakit. 


Bahkan, ada pengamal perubatan Islam yang berpendapat bahawa cukuplah dengan hanya menggunakan bekam dan madu untuk merawat pelbagai jenis penyakit.


DEFINISI

Berdasarkan hadis di atas, terdapat dua jenis kaedah rawatan yang disebutkan (alhijamah dan fasdu)  dan kedua-duanya adalah berkait dengan darah. Perlulah untuk kita mengetahui takrif dan perbezaan keduanya. 

i)                    Bekam atau pendarahan khusus dirujuk pada bahasa arab ialah daripada perkataan ‘Hajama’ yang bererti menyedut. Secara istilahnya ia bermaksud ‘ pengeluaran darah pada kulit melalui sayatan dan sedutan’.

Salah satu jenis asas utama bekam iaitu bekam basah/bekam darah

Dalam kamus dewan edisi keempat pula menyatakan bekam sebagai ‘ mengeluarkan darah kotor daripada badan seseorang dengan cara membedah sedikit pada kepala atau belakang badan dan menghisap darah kotor dengan tanduk atau cawan panas yang ditelangkupkan pada tempat yang telah dibedah itu”.

Kamus The American Heritage menyatakan ‘cupping’ sebagai ‘an ancient treatment in which evacuated cups are applied to intact or scarified skin in order to draw blood toward or through the skin surface.


 It was used for disorders associated with an axcess of blood, one of the four humours of medieval physiology”.

Bekam juga termasuk dalam kategori pembedahan kecil.

ii)                   Fasdu atau pendarahan umum. Dirujuk pada bahasa arab, ia berasal daripada perkataan ‘fasoda’ yang bermaksud berdarah


            Ibnu Sina mentakrifkannya sebagai ‘pengosongan dengan tujuan mengeluarkan lebihan’.

Kamus dewan edisi keempat menyatakan ‘pendarahan’ sebagai ‘pengeluaran (pengaliran keluar) darah, turun darah”.

Manakala dalam bahasa Inggeris is ditakrifkan sebagai ‘ the process of removing blood from the body’.

Terdapat dua jenis pendarahan umum iaitu pendarahan pada arteri (arteriotomy) dan juga pendarahan pada vein (venesection/phlebotomy)


PERBEZAAN ANTARA BEKAM DAN PENDARAHAN UMUM

JENIS PENDARAHAN
SUMBER  DARAH
JENIS DARAH YANG TERLIBAT
HIJAMAH (KHUSUS)
       ·         Kapilari
      ·         Sebahagian jenis
      ·         Darah yang tidak   elok

FASDU (UMUM)
       ·         Arteri
       ·         Vein
      ·         Semua jenis
      ·         Bercampur antara yang elok dan tidak elok




PENDARAHAN;  

  •  UMUM;    i) Arteri   ii) Vein


  • KHUSUS; i) Lintah   ii) Torehan  iii) Bekam


                               





::Alhamdulillah abadan=)::

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Copyright© All Rights Reserved Ibtihaajhikmah.blogspot.com