Kan terus melangkah.. Ya Allah, Redhailah aku apa adanya ..“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan sekalian hati, tetapkanlah hati ku atas agamaMu (Islam). Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menzalimi diri sendiri.”

19 March 2012

Menusuk

Bismillahirrahmanirrahim..

Di sini, ingin saya kongsikan kalam dari seorang ikhwah yang sememangnya tidak lari dari taklifan menjadi musyrif untuk akhawat.

Walaupun bukan saya yang antaranya seringkali keluar malam, tetapi bila di kaitkan dengan akhawat, pasti akan merasa tempiasnya.

Saya sangat-sangat menghormati para saudari-saudari kita akhawat yang sudi dan rela menggunakan khidmat musyrif.
Sanggup bersusah payah menelefon dan berurusan dengan pihak ikhwah, musyrif.
Dan kami sangat memahami bahawa akhawat bukan saja-saja nak guna musyrif.
Apatah lagi sengaja nak keluar malam.



Sesungguhnya menjadi musyrif itu bukanlah tugas yang mudah bagi yang benar mengerti
Bahkan ia satu amanah yang sangat besar
Kami menggalas nyawa dan maruah manusia...Muslimah.

Dari sudut kami seorang musyrif, ya.
Erti hidup pada memberi
Dan tiap kali menerima amanah itu, ia merupakan salah satu cabang ibadah dalam hidup kami
Maka kami harus berusaha untuk menghulurkan bantuan sedaya mungkin.



Cuma satu sahaja yang kami pinta
Kalau boleh andai sudah terlalu lewat malam dan anda sedang berada di rumah sahabiyah anda,
Timbanglah juga keputusan untuk bermalam sahaja di rumah tersebut berbanding terus berfikir musyrif mana yang boleh dihubungi.

Sama sekali bukan bermakna kami berkira
Meski terpaksa meninggalkan buku kitab kami
Meski terpaksa melupakan rehat diri walaupun baru selesai urusan-urusan atau program
Meski terpaksa menangguh makanan walau sudah berada di hadapan mata bersama halaqah ahli bait
Meski terpaksa membuang kembali saratoga atau selimut yang membaluti diri
Meski beberapa kali ia berlaku pada satu malam
Tidak...Sama sekali tidak..
Bukan kami berkira kerna kami tahu, itu memang sudah menjadi amanah dan tanggungjawab kami.



Cuma hanya kami bimbang takut-takut dek kerana malam yang terlalu lewat menyebabkan peratusan kami untuk berjaya menjalankan tugas kami semakin mengecil..itu saja

Walaubagaimanapun, tak mengapa andai tidak sengaja atau terpaksa. Difahami.
Semoga ia tidak menjadi biasa.

Terima kasih sekali lagi kepada akhawat yang bertimbang rasa sepanjang menggunakan khidmat kami
Tidak perlu terima kasih pada perkara wajib.

Semoga Allah memelihara kita semua dalam rahmat-Nya :)

~ MEMBERI ITU MENYENANGKAN ~
Hamdi Razali

                        Salute!



p/s: Barakallahu Fik Akhi :)




::Alhamdulillah abadan=)::

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Copyright© All Rights Reserved Ibtihaajhikmah.blogspot.com