Kan terus melangkah.. Ya Allah, Redhailah aku apa adanya ..“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan sekalian hati, tetapkanlah hati ku atas agamaMu (Islam). Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menzalimi diri sendiri.”

11 March 2012

Pencak Silat

Bismillahirrahmanirrahim..




Minggu ini adalah minggu pertama dan buat pertama kalinya saya mulakan latihan silat di bawah kelolaan mahasiswa dan mahasiwi Indonesia.


Bilangan akhawat yang mendaftar lebih kurang 30orang tetapi yang datang hanya seramai 8orang sahaja disebabkan hal yang tidak dapat dielakkan.


Walaupun majoritinya Indonesia dan seorang sahaja Malaysia, tidak menjadikan saya kekok kerana sikap sebilangan mereka yang mesra dan peramah.


Latihan silat ini dilakukan seminggu sekali setiap hari khamis. Bertempat di Nadi Sallab Zahra, Hayyu A'syir dan bermula pada pukul 1.30petang hingga 4.30 petang.


Serba sedikit mengenai Silat Tapak Suci ini;


Perguruan Seni Beladiri Indonesia Tapak Suci Putera Muhammadiyah atau singkatannya Tapak Suci adalah sebuah aliran perguruan dan organisasi pencak silat yang merupakan anggota IPSI ( Ikatan Pencak Silat Indonesia ). 


Tapak Suci termasuk dalam 10 Perguruan Historis IPSI iaitu perguruan yang menunjang tumbuh dan berkembangnya IPSI sebagai organisasi Tapak Suci berasas Islam bersumber dari Al-Quran dan As-Sunnah, berjiwa persaudaraan berada di bawah naungan Persyarikatan Muhammadiyah sebagai organisasi otonom yang ke-11. 


Tapak Suci berdiri pada tanggal 10 Rabiul Awal 1383H atau bertepatan dengan tanggal 31 Juli 1963 di Kauman Yogyakarta. Motto dari Tapak Suci adalah "Dengan Iman dan Akhlak, saya menjadi kuat. Tanpa Iman dan Akhlak saya menjadi lemah".


Aliran Tapak Suci adalah keilmuan pencak silat yang berlandaskan Islam.


 Bersih dari syirik dan kesesatan dengan sikap mental dan gerak langkah yang meruapajn tindak tanduk kesucian yang mengutamakan Iman dan Akhlak serta berakar nada aliran Banjaran-Kauman yang kemudian dikembangkan dengan metodis dan dinamis.


Perguruan Tapak Suci adalah perguruan yang merupakan peleburan sekaligus kelanjutan dari tiga paguron yang pernah ada sebelumnya; Kasegu, Seranoman, dan Kauman yang berlandaskan Islam dan berjiwa K.H Ahmad Dahlan, membina pencak silat yang berwatak serta berkepribadian Indonesia melestarikan budaya bangsa yang luhur dan bermoral serta mengabdikan perguruan untukperjuangan agama, bangsa dan negara.


Organisasi Tapak Suci berkiprah sebagai organisasi pencak silat induk kepada Ikatan Pencak Silat Indonesia dan dalam bidang dakwah pergerakan Tapak Suci merupakan pencetak kader Muhammadiyah. - Azzimam Auliya




Mawar.. Haitt!

Persilatan ini mempunyai Tiga Kategori;

Siswa dasar ( Kuning Polos)
Siswa Satu (Kuning Melati Coklat Satu)
Siswa Dua ( Kuning Melati Coklat Dua)
Siswa Tiga ( Kuning Melati Coklat Tiga)
Siswa Empat ( Kuning Melati Coklat Empat)

Kader Dasar ( Biru Polos)
Kader Muda ( Biru Melati Merah Satu)
Kader Madya ( Biru Melati Merah Dua)
Kader Kepala ( Biru Melati Merah Tiga)
Kader Utama ( Biru Melati Merah Empat )


Pendekar Muda ( Hitam Melati Merah Satu)
Pendekar Madya ( Hitam Melati Merah Dua)
Pendekar Kepala (Hitam Melati Merah Tiga )
Pendekar Utama ( Hitam Melati Merah Empat )
Pendekar Besar ( Hitam Melati Merah Lima )

         
********************


Latihan dimulai dengan bacaan Surah Al- Ikhlas dan Hauqalah serta beberapa doa agar dijauhkan dari kesyirikan. Seterusnya disambung dengan larian pusingan sebanyak lima kali dan gerakan pemanasan badan.


Pada latihan pertama ini kami diajar 4 dari 6jenis kekuda, jurus katak ( Tumbukan Katak A dan B) dan cara menepis sentuhan mahupun tumbukan ( jurus Mawar Mekar).


Jenis kekuda;
1- Langkah Dasar beserta gerakan kaki dan tangan
2- Langkah Sejajar beserta gerakan kaki dan tangan
3- Langkah L ( di lain sesi)
4- Langkah Lipat ( di lain sesi)


Semasa latihan, setiap seorang mesti mempunyai pasangan bagi memudahkan latihan dan teguran jika terdapat kesalahan pada gerakan. Selesai sahaja latihan, gelanggang perlawanan dibuka di antara kami. 


Antara tempat yang dibolehkan untuk menjadi titik utama adalah antara paras bahu dan atas perut. Dilarang sama sekali menyentuh bahagian muka dan tempat-tempat yang sulit dan sensitif.


Seusai sahaja perlawanan, ketua meminta kami untuk saling bersalaman. Bersambung......






P/s: Mohon kemaafan yang tidak terhingga kepada teman persilatan saya. Peace!













::Alhamdulillah abadan=)::

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Copyright© All Rights Reserved Ibtihaajhikmah.blogspot.com