Kan terus melangkah.. Ya Allah, Redhailah aku apa adanya ..“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan sekalian hati, tetapkanlah hati ku atas agamaMu (Islam). Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menzalimi diri sendiri.”

06 September 2009

Salam Ramadhan

Salam alayk'.. alhamduliLlah.. syukur ke hadrat ALlah SWT yang telah mengurniakan hambaNya dengan hadiah yang sebesar-besarnya iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak.


AlhamduliLlah sekali lagi penulis panjatkan kepada ALlah SWT kerana telah berlaku beberapa hal pada diri penulis dimana penulis menganggapnya sebagai satu 'tarbiyyah' dari ALlah SWT pada bulan Ramadhan ini untuk lebih beribadah kepadaNya dan juga untuk mengeluarkan sifat 'wahan' dari diri penulis.

Di sini, penulis berazam agar setiap saat di dalam bulan Ramadhan ini tidak penulis sia-siakan dengan perkara yang tidak berfaedah. Ramadhan kali ini perlulah kita manfaatkan dengan sebaik-baiknya kerana banyak kelebihanNya berdasarkan hadis-hadis Nabi SAW di antaranya, "Apabila datangnya Ramadhan, maka ditutup serapat-rapatnya pintu neraka dan dibuka seluas-luasnya pintu syurga serta dibelenggu syaitan-syaitan". Di antara hadis lain pula, "Ramadhan itu diawalnya rahmat, dipertengahannya maghfirah dan diakhirnya pembebasan dari api neraka".

Puasa ini bukan sahaja kita menahan lapar dari makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa, tetapi juga melindungi diri kita sepenuhnya dari terjerumus serta berbuat maksiat kerana di antara kelebihan orang yang berpuasa berdasarkan hadis Nabi SAW, "Seseorang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan yang besar iaitu kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya kerana puasanya itu".

p/s : Semoga kita berusaha untuk memperkuatkan amal ibadah pada bulan Ramadhan Al-Mubarak ini..


::Alhamdulillah abadan=)::

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Copyright© All Rights Reserved Ibtihaajhikmah.blogspot.com