Bismillahirrahmanirrahim..
Hari ini, saya telah menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Mahasiswa Ulum Islamiah (PMUI).Ianya merupakan persatuan kuliah saya. Mungkin ramai yang masih tidak tahu tentang kuliah ini kerana apabila mendengar sahaja namanya, sudah pasti ramai yang akan berkerut dahi.
Di sini, saya akan mengenalkan serba sedikit tentang persatuan ini. PMUI adalah singkatan bagi Persatuan Mahasiswa Ulum Islamiah dan ia merupakan salah sebuah persatuan akademik mahasiswa/wi Kuliah Ulum Islamiah yang berada di Mesir.
PMUI juga merupakan sebuah persatuan berbentuk ilmiah serta sentiasa bersikap non- partisan dalam setiap gerak kerja persatuan.
PMUI sentiasa komited dalam memikul amanah sebagai sebuah organisasi yang memberikan kebaikan kepada seluruh masyarakat pelajar Kuliah Ulum Islamiah sama ada daripada aspek kecemerlangan akademik, kebajikan sosial, pembangunan sosial serta pembangunan sahsiah.
Dasar kuliah ini adalah berpandukan Al-Quran, As-sunnah, Ijma’ dan Qias manakala mottonya pula adalah taqwa, thaqafah dan juga dakwah.
Dan secara ringkasnya, antara matlamat persatuan ini adalah memberi kefahaman Al-Quran dan As-sunnah, melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar, menjaga kebajikan dan keselamatan ahli, mengadakan hubungan dengan mana-mana persatuan di bumi Mesir serta mengeratkan ukhuwwah islamiyah sesama ahli.
( untuk maklumat lanjut sila layari : www. mypmui.webs.com)
Kelewatan saya bersama dua orang sahabat menghadiri mesyuarat ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan menyebabkan kami tertinggal beberapa sesi penting. Namun, telah kami maklumkan kepada Yang Di-Pertua Dua tentang keterlewatan kami dan di sini, saya mewakili diri dan sahabat-sahabat saya memohon kemaafan kepada semua ahli terutama AJKT dan berusaha untuk memperbaiki kesilapan agar tidak berulang lagi.
Antara yang sempat saya hadiri adalah sesi pelancaran Smart Circle PMUI 2010 (usrah) yang telah dilancarkan oleh Ust. Wan Ahmad Labib bin Wan Aziz. SC ini sangat penting kerana ia menjadi medium utama tarbiah sebagaimana yang telah dipelopori oleh Rasulullah S.A.W dalam usaha dakwah baginda.
Ia juga menjadi platform perkongsian ilmu dan pengalaman, penerapan nilai murni dan pemantapan ukhuwah islamiyah. Malah, ia menjadi latihan awal kepada kita dalam usaha memperkasakan jati diri menjadi Daie & Murabbi.
Konsep syamil mutakamil (lengkap-melengkapi) yang tersirat disebalik SC menjadikan kita ummat Islam bersatu. Sekaligus membawa kepada berjayanya visi “We Are Family”.
Namun, kejayaan SC terletak pada kesungguhan kita semua baik naqibah mahupun sahabat-sahabat. Semuanya bergantung pada sejauh mana kefahaman dan tindakan kita pada pengaplikasian kita 3 rukun SC ini:
1. Taaruf
2. Tafahum
3. Takaful
Apa yang paling penting, hadirkanlah hati dalam SC agar Allah Taala beri hidayah dan inayah-Nya dalam memandu kita menjadi hamba dan khalifah-Nya yang beriman dan bertaqwa. InsyaAllah
No comments:
Post a Comment