Alhamdulillah saya panjatkan hanya kepadaNya. Hari ini, saya dan beberapa orang sahabat keluar bermain permainan yang sangat kami minati iaitu boling. Saya tidak pernah langsung menjejakkan kaki di pusat boling di bumi anbiya ini walaupun sudah setahun lebih keberadaan saya di sini, akhirnya dengan izin Allah Yang Maha Mengetahui saya sampai juga. Alhamdulillah…Kami pergi seramai 6 orang termasuk seorang musyrif.
Ketika sampai di International Bowling Centre, kami sangat teruja. Maklumlah, hobi yang terpaksa dibantutkan atas sebab-sebab tertentu. Jika diikutkan hati, mahu saja saya melompat-lompat di hadapan bangunan tersebut tapi atas dasar kewarasan akal, saya cuba untuk tenangkan diri.
Sebelum masuk, kami diminta untuk membeli tiket masuk yang berharga L.e5 bagi setiap seorang. Kemudiannya, kami terus ke kaunter yang menjual tiket game. Mulanya, kami agak kekok sedikit kerana pengurusan yang jauh berbeza dengan pusat boling di Malaysia. Kalau di Malaysia, hanya perlu membayar sahaja tapi di sini diwajibkan membeli tiket dan serahkan kepada penjaga di situ. Syukur juga kerana kami mendapat diskaun bagi sepuluh game permainan. Harga asalnya L.e7.50 bagi setiap game kemudian diturunkan ke L.e5.50.
Bola yang terdapat di situ cantik dan tidak 'pecah'. Rutin kami sejak dari sekolah menengah lagi jika bermain pastinya saling menandingi. Seperti biasa, balingan pertama pasti memberi jawapan pilu. Hanya tiga pin sahaja yang berjaya dijatuhkan. Menandakan fokus yang masih lemah dan enjin belum panas.
Tapi saya teruskan sahaja permainan sehinggalah balingan saya diselangi spare, strike dan strike. “Alhamdulillah….”, hati berbisik. Gembira bukan kepalang kami rasakan kerana mutu permainan masih di tahap sederhana walaupun terlalu lama meninggalkan sukan kegemaran kami ini.
No comments:
Post a Comment