Di sini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR BUAT BONDA yang tercinta. Bonda saya yang lebih mesra dipanggil “ibu” telah dilahirkan pada 19 Februari 1954. Nama penuhnya ialah Pn. Hjh. Dayang Puteh binti Hj. Datu Tamin dan telah dibesarkan di Kg. Buang Sayang Dua, Papar. Beliau merupakan anak ke-3 dari lapan orang adik-beradik.
Meskipun diri berada di perantauan, tetapi senyuman dan kelembutan ibu sentiasa berada di hati. Kadangkala hati meronta merindui belaian ibu, namun hanya tangisan dan esakan menjadi pengubatnya. Pilu hati bila teringatkan ciuman ibu yang singgah di pipi dengan ucapan “semoga berjaya” setiap kali diri ingin berpergian. Tapi sekarang keadaan yang tidak mengizinkan kerana jarak yang terlalu jauh membuatkan diriku pasrah dan terima sepenuhnya keadaan ini.
Jika dahulu, setiap kali bersarapan dengan ibu, pasti ibu akan memberi nasihat kerana dia tahu bahawa anaknya ini semakin dewasa dan pasti akan menjalani kehidupan sendiri. Begitulah hakikatnya! namun semakin meningkat dewasa saya semakin kehausan nasihat darinya kerana nasihatnya sentiasa kena pada perjalanan hidup ini..
Teringat juga bilamana diri ini merasa kurang semangat saat dalam fatrah imtihan sehinggakan sukar untuk melelapkan mata. Saya segera menelefon kampung dan apabila mendengar suara ibu. Mulut hanya mampu melafazkan perkataan “ibu….ibu…ibu…” dengan suara yang terketar-ketar dan airmata yang deras tanpa sempat memberi salam. Ibu menjawab dengan nada perlahan “menangislah dulu lepas tu baru cakap”. Saya meluahkan segala apa yang terbuku di hati sepanjang diri berada di perantauan kerana keakraban kami membuatkan saya tidak segan berbuat demikian.
Ibu sentiasa berpesan agar banyakkan bersabar dan banyakkan meluah hanya padaNya. Meminta padaNya tapi jangan lupa untuk bersyukur. Dan pesan yang paling berharga apabila ibu mengatakan “ibu serahkan pada Allah untuk menjagamu di sana”.
Doaku, agar ibu sentiasa sihat dan ceria, dipanjangkan usia, diberkati hidupmu dan dikurniakan rezeki dari sumber yang tidak di sangka-sangka. Terima kasih atas pengorbananmu membesarkan kami sebelas adik-beradik dan mengajarkan kami agar mencintai Allah dan Rasulullah serta agama. Moga Allah mengharamkan ibuku dari disakiti walau sesaat pun di akhirat kelak dan menganugerahkan mahkota syurga padanya...amin.
Firman Allah S.W.T "... dan hendaklah kamu berbuat baik dengan sesungguhnya kepada
ibubapa. sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada orang yang sombong
dengan perbuatannya, sombong dengan perkataannya..." An-Nisa':36
"...And not equal are the blind and those who see, nor are equal
those who believe, and do righteous good deeds, and those who do evil.
Little do you remember!..." Quran(24:58)
p/s: anakanda mohon keampunan dan keredhaan ibu selamanya. Doakan agar anakanda menjadi anak yang solehah yang sentiasa patuh pada nasihat ibu selalu.InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment