Kemanakah Menghilang
Kemanakah perginya kasih sayang,
kemanakah perginya kebahagiaan,
Sokongan keluarga lenyap hari demi hari,
Yang hanya tinggal,
Kenangan yang tidak pernah luput dari ingatan,
Lihatlah betapa malang hidup ini,
Kehiupan yang tidak terurus,
Kehilangan segala yang diperlukan,
Menanti suria yang menerangi kehidupan,
Adakah ini cabaran hidup,
Keadaan seperti anak yatim,
Padahal masih ada tempat bergantung,
Kelembutan hati telah membeku,
Kerana kekerasan hidup ini,
Hanya kepada-Nya kuberserah,
Memohon rahmat dunia akhirat,
Hasil nukilan,
Srikandi Melayu.
:: Puisi ini mengisahkan tentang seseorang yang punya keluarga tetapi terbiar hidupnya. Hatinya sentiasa mengharapkan belaian kasih sayang dan perhatian dari keluarganya.
Penulis mula menukilkannya sewaktu melihat remaja yang melepak bersendirian kemudian menconteng dan merosakkan harta benda awam.Hehe.
No comments:
Post a Comment