"Ibu, ibu buat apa?" sapaku apabila melihat ibu membuka beberapa balutan kotak.
"Kemas barang lama" jawab ibu. Ringkas.
Saya hanya mengerutkan dahi sambil melihat barang-barang yang ibu keluarkan dari kotak. Satu persatu dikeluarkan. Saya kenal suma barangan lama itu kerana ianya kepunyaan saya sewaktu di dalam tingkatan.
Saya lantas membantu ibu mengeluarkan barang-barang dari kotak berlainan. Hadiah-hadiah, beberapa keping kad dan helaian surat layang masih tersimpan kemas. Semuanya dibelek-belek. Tersenyum.
Mata mula tertumpu pada sebuah buku tebal berwarna biru gelap. "Diari?" hati bertanya. Kehairanan.
Fikiran cuba mengingat semula kehidupan sewaktu di alam persekolahan. Diri yang kurang berminat untuk menulis tentang perjalanan hidup mustahil punya sebuah diari. Tangan membuka helaian buku perlahan-lahan. Tiada sebarang catatan kehidupan melainkan beberapa karya puisi lama.
Malu mula menguasai diri bila teringatkan puisi mentah ini pernah dikeluarkan di majalah sekolah. Kerana ia mula dinukilkan sewaktu diri berumur 13 tahun. Hasil yang masih kurang penghayatannya dan masih banyak kelemahannya. Kebudak-budakan!
Puisi pertama yang dikarang bertarikh Jun 2002:
Segulung Ijazah Menantiku
Aku menghayunkan kaki
Menuju destinasi
Berbekalkan azam, semangat, dan keyakinan
Akan kutempuh segala rintangan
Menuju ke hadapan
Aku tempuhi dengan sabar
Itu bukan penghalang
Aku meneruskan perjuangan
Ketagih kenangan
Syukur, aku telah sampai ke seberang
Merentasi lautan dalam
Puas hatiku tidak terkira
Pasti nasib keluarga terbela
Kerana mendapat ijazah yang berharga
Srikandi Melayu
Tertawa kecil. Diri menggunakan gelaran "Srikandi Melayu". Mengharapkan diri berjuang memartabatkan dan meneruskan ketamadunan bangsa Melayu.
Namun semakin meningkat dewasa, pengharapan ini semakin berkemuncak. Islam itu asasnya!
No comments:
Post a Comment