Sepertimana yang dapat kita lihat pada hari ini, perjalanan dunia semakin hebat, perkembangan teknologi semakin maju, pembangunan ekonomi semakin pesat malah meningkatnya kemahiran manusia dalam pelbagai bidang. Tapi sayang seribu kali sayang, semua itu tidak memberi perubahan positif atau kesan yang bermanfaat terhadap mereka yang dilanda kesulitan, kekejaman, dan kezaliman. Bahkan mereka ini masih dipijak-pijak dan disepak-sepak di tanah mereka sendiri gara-gara pengabaian, pembisuan dan sikap kita yang cuma mahu menjadi pemerhati.
Inilah masalah umat Islam zaman berzaman, bilamana kita sudah hilang sensitiviti terhadap persoalan ummah, maka berlakulah fenomena akal mengatasi dasar-dasar yang wajib diikuti iaitu Al-Quran dan Assunnah, nafsu mengawasi agama, berani memperkotak-katikkan Islam, malah ada yang memisahkan agama dengan perkembangan semasa.
Bukankah Islam itu amat sesuai mengikut peredaran zaman? Yakinlah bahawa “Takkan hilang Islam di dunia”. ‘Yaqinlah’ dengan sebenar-benar yaqin dengan firman Allah Subhanahu wa Taala dalam Surah Al-Mujadilah “ Allah telah menetapkan: “Aku dan rasul-rasul-Ku pasti menang”. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.
Ingatlah, kita umat Islam pasti boleh bersatu, akan tetapi kesatuan ummah itu kita hanya boleh kecapi dan rasai bila kita mulakannya dari diri kita sendiri. Caranya itu terpulang kepada kita asalkan tidak merendah-rendahkan atau melampaui batas-batas yang telah digariskan.
No comments:
Post a Comment